Barang Rumah, Electrical & Perabot Lebih Berbaloi di KedaiNilai.my

Jual, beli, repair & trade-in barang elektrik dan perabot. Servis untuk pelanggan sekitar Negeri Sembilan & Lembah Klang.

WhatsApp Kami
Servis Kami

Semua Dalam Satu Tempat

Daripada elektrik terpakai hinggalah perabot baru — KedaiNilai.my hadir untuk semua keperluan rumah anda.

Barang Elektrik Terpakai

TV, peti ais, mesin basuh, aircond dan pelbagai barangan elektrik berkualiti.

Perabot Terpakai

Perabot rumah terpakai yang masih elok, sesuai untuk rumah, pejabat atau homestay.

Repair

Servis repair dan pemeriksaan untuk barang elektrik terpilih. Tanya kami dulu.

Trade-In

Ada barang elektrik atau perabot yang nak dilepaskan? Kami bantu dengan trade-in.

Perabot Baru

Perabot baru dengan design moden dan harga yang lebih praktikal untuk rumah masa kini.


BARANG ELEKTRIK Terpakai

Barang Elektrik Terpakai Yang Masih Berbaloi

Tak semestinya kena beli baru. Dapatkan barang elektrik terpakai yang masih boleh digunakan dengan harga yang lebih berbaloi. Setiap item disemak sebelum dijual. Waranti sebulan.

Penghawa Dingin

TV

Peti Ais

Mesin Basuh

Barang Elektrik Lain

Perabot Terpakai

Perabot Terpakai, Masih Cantik. Masih Berguna.

Untuk rumah baru, rumah sewa, homestay, office atau siapa yang nak jimat bajet — koleksi perabot terpakai kami dipilih dengan teliti supaya ia masih sesuai dan berfungsi dengan baik.

Setiap piece diperiksa dari segi kualiti dan ketahanan sebelum kami tawarkan kepada pelanggan.

🛋️ Sofa

🍽️ Dining Table

🛏️ Bed Frame

🚪 Wardrobe

📦 Chest Drawer

📺 TV Cabinet

👟 Shoe Rack

📚 Shelves

Perabot Baru

Perabot Baru Untuk Rumah Anda

Design moden, simple dan practical untuk rumah masa kini. Koleksi perabot baru kami terinspirasi oleh gaya flat-pack dan Scandinavian-inspired — berfungsi, cantik dan mudah diselenggara.

Katil & Bed Frame

Pelbagai saiz dan design untuk bilik tidur moden.

Wardrobe

Ruang simpan yang praktikal dan kemas.

Meja Makan

Sesuai untuk ruang makan keluarga atau studio.

Sofa & Lounge

Selesa, tahan lama dan cantik untuk ruang tamu.

Barang Rosak?
Jangan Terus Buang.

Kami menyediakan servis repair untuk barang elektrik terpilih. Hantar pertanyaan kepada kami untuk semakan dan quotation. Tiada paksaan — tanya dulu, baru decide.

Proses Mudah — 3 Langkah

1

WhatsApp Kami

Hubungi kami melalui WhatsApp dan terangkan jenis barang serta masalah yang dihadapi.

2

Hantar Detail Barang

Kongsikan gambar atau maklumat barang untuk semakan awal oleh pasukan kami.

3

Dapatkan Quotation

Kami akan berikan anggaran kos repair. Tiada hidden charges. Tiada kos checking.

Kenapa Kami?

Kenapa Pilih KedaiNilai.my?

Kami bukan sekadar kedai biasa. KedaiNilai.my hadir sebagai penyelesaian lengkap untuk keperluan barangan rumah anda.

Harga Lebih Berbaloi

Pilihan barang terpakai dan baru untuk pelbagai bajet. Harga yang masuk akal. Ada jaminan 1 bulan,

One-Stop Solution

Beli, jual, repair dan trade-in dalam satu tempat. Jimat masa dan tenaga anda.

Local & Trusted

Beroperasi dari Nilai sejak 2018. Melayani pelanggan kami hingga ke Lembah Klang.

Banyak Pilihan

Daripada electrical appliances hingga perabot rumah — baru mahupun terpakai, semua ada.

Penghantaran Percuma

Anda boleh berurusan di whatsapp, deal & seal. Barang siap hantar ke rumah - secara percuma jika di kawasan Nilai dan sekitar.

WhatsApp Support

Mudah bertanya tentang harga, stok, repair atau trade-in terus melalui WhatsApp. Kami reply segera.

Cara Berurusan

Nak Beli, Repair atau Trade-In? Mudah Je.

Kami pastikan proses berurusan dengan KedaiNilai.my semudah dan selancar mungkin. Tak perlu keluar rumah dahulu — tanya dulu melalui WhatsApp.

Testimoni Pelanggan

Apa Kata Pelanggan Kami

"Barang sampai dalam keadaan baik dan harga memang berbaloi. Puas hati dengan servis dari KedaiNilai.my!"

— Puan Atika dari Jelebu, N.S.

"Senang deal dan walaupun jauh, boleh tetap hantar. Ada waranti pulak tu"

— Mr Rama dari Seri Kembangan, Selangor

"Repair pun boleh tanya terus. Tak perlu pening cari banyak tempat. One-stop je, semua settle."

— Encik Zaki dari Nilai, N.S.

FAQ

Soalan Lazim

Ada soalan tentang produk, servis atau cara berurusan? Berikut adalah beberapa soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan kami.

Barang terpakai ada warranty tak?

Bergantung kepada jenis barang dan kondisinya. Barangan elektrik terpakai waranti 1 bulan.

Boleh trade-in barang elektrik lama?

Ya, kami menerima trade-in untuk barang elektrik terpilih. Hantarkan gambar dan detail barang untuk semakan harga.

Boleh datang terus ke kedai?

Boleh! Kedai kami terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. WhatsApp kami dahulu untuk sahkan waktu operasi terkini.

Kawasan mana yang boleh delivery?

Kami cover Negeri Sembilan dan Lembah Klang. Coverage bergantung kepada jenis barang. Kawasan Nilai - foc.

Boleh repair semua jenis barang elektrik?

Tidak semua jenis barang. Servis repair adalah untuk barang elektrik terpilih sahaja, tertakluk kepada kerosakan dan kondisi.

Boleh beli perabot secara online?

Ya, boleh dan memudahkan. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk tanya stok, harga dan pilihan penghantaran untuk perabot pilihan anda.

Bagaimana cara nak tanya harga?

Cara paling mudah adalah melalui WhatsApp. Kongsikan barang yang anda minat dan kami akan balas dengan kadar segera.

Lokasi Kami

Datang Ke Kedai Kami

📍 Alamat: PT 7445 JALAN BBN 1/2H, PUTRA POINT BANDAR BARU NILAI 71800 NILAI N.SEMBILAN
🕐 Waktu Operasi: 10am - 10pm
📞 WhatsApp: 012 600 1550 / 018 325 1550